NUFFNANG

Jumaat, 30 November 2012

MAHABAH KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum..

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun."

Berselawatlah kita untuk mendapat keredhaan dari Allah SWT. Setiap umat islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. Selawat mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah SWT di hari akhirat kelak.
"Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku." (HR Abu Dawud) 

Barangsiapa mengaku 4 hal tanpa bukti 4 hal, pengakuannya adlah dusta.
Barangsiapa mengaku cinta syurga, namun tidak taat, jelas dia bohong. siapa mengaku cinta Nabi s.a.w, namun tidak menyukai ulama dan fuqara, maka pengakuannya tidak benar. Lalu barangsiapa mengaku takut akan neraka, tetapi tidak meninggalkan maksiat, tanda dia dusta dan barangsiapa mengaku cinta kepada Allah swt, padahal dia mengeluh ketika ditimpa bala, maka pengakuannya adlah bohong.

Nota hati : sama2lah kita memperbanyakkan selawat mengingatinya.. semoga kita memperolehi syafaat dan keberkatannya...

4 ulasan:

Kalau suka..KOMEN..
Kalau tak suka.. tak ape..
^_^