NUFFNANG

Rabu, 17 Oktober 2012

AL-KISAH SI PONTIANAK

Pada suatu malam, hari khamis malam jumaat masa tu. Ada 3 ekor pontinak duduk melepak di atas divider hujung sebuah kampung. Mereka bertiga berborak tentang kehebatan masing-masing. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Jadi pada malam itu, masing-masing mahu menunjukkan kehebatan dengan mengadakan satu pertandingan.

Pontianak A : Baiklah, biar aku mulakan dulu.

Pontianak A terbang. Dalam masa 5 minit, pontianak A kembali dengan mulut yang berdarah meleleh-leleh.

Pontianak A : korang nampak tak kandang kambing di sana tu??

Tanya pontianak A sambil tangannya menunjukkan kandang kambing yang berada di hujung kampung tersebut.

Pontianak B dan C : Nampak.

Pontianak A : habis satu kandang tu aku kerjakan. hebat tak aku??

Tiba masa untuk pontianak B pula menunjukkan kehebatannya. Pontianak B pun terbang. Dalam masa 3 minit, pontianak B kembali dengan mulut serta muka yang di penuhi darah. Mengerikan.

Pontianak B : korang nampak tak kampung sana tu??

Tanya pontianak B sambil menunjukkan kampung di hadapannya.

Pontianak A dan C : nampak.

Pontianak B : habis satu kampung aku kerja kan. hebat tak aku??

Tibalah giliran Pontianak C untuk menunjukkan kehebatannya. Pontianak C pun terbang. Dalam masa 1 minit, pontianak C kembali dengan mulut, muka, dan badan yang dipenuhi darah. sangat-sangat mengerikan. Pontianak A dan B terkejut melihatnya. Dalam masa yang singkat pontianak C kembali dengan keadaan begitu. Ini membuktikan pontianak C amat hebat.

Pontianak C : errr..korang nampak tak tembok depan tu??

Pontianak A dan B : nampak.

Pontianak C : errr..knape aku tak nampak tadi.

hahahaha...moral of da story..jangan merayap tengah malam yea..nt kne usik ngan pontianak...nasihat ikhlas dari acik..ehhehe..

5 ulasan:

  1. hehe...patutla satu badan berdarah...langgar tembok rupanya...sy folo acik ye.jemput ke blog sy.
    http://lurvevanilla.blogspot.com/
    p/s:kenape cbox lock?xleh nak post.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sha,
      dah follow sha..
      tq yea follow acik..
      n tq jgk bitaw acik sal cbox tu..hehehe..x prsan..

      Padam
  2. hahhaah.... lawak2... nice sharing dear....

    BalasPadam

Kalau suka..KOMEN..
Kalau tak suka.. tak ape..
^_^