NUFFNANG

Isnin, 22 Oktober 2012

TERSALAH SEND EMAIL

Suatu hari, ada sepasang suami isteri baru kawin ingin pergi honeymoon di sebuah pulau yang indah. Untuk menjadikan percutian bulan madu yang menarik, si suami mengambil keputusan untuk pergi ke pulau tersebut terlebih dahulu. Si suami ingin membuat suprise untuk si isteri. Setibanya di pulau tersebut, si suami teramat kagum dengan kecantikan dan keindahan pulau tersebut. Rasa tidak sabar menunggu kedatangan si isteri. Sambil berehat si suami menaip email untuk dikirim kepada isteriya...

Untuk isteriku yang tersayang,

Syukur alhamdulillah..abg telah selamat tiba di sini.. abg tidak menyangka keadaan di sini amat cantik dan indah. rasa tidak sabar untuk tunggu ketibaan syg.. selama abg tiada di sisi syg, syg jaga diri baik-baik yea.. ingat abg selalu.. abg syg sangat kt syg.. abg akan setia menanti syg di sini..abg tunggu syg..tapi jgn lama2 yea..cepat bersiap utk ke sini.. 

Setia menantimu di sini,
Suamimu..

Setelah tamat menaip, si suami pun send email tersebut....

Di Kuala Lumpur, ada seorang isteri yang bersedih dengan pemergian suami yang tercinta. Si isteri menangis meratapi pemergian suaminya. Setelah selesai pengkebumian jenazah suaminya, si isteri mengambil masa untuk berehat. Ketika berehat di dalam bilik, si isteri mengambil kesempatan untuk membaca dan membalas email yang masuk. Mesti ramai kawan-kawannya mengirim email setelah mengetahui berita pemergian suaminya neh. Betul jangkaannya banyak email yang masuk. Dalam banyak-banyak email yang diterima, terdapat satu email yang tidak di kenali pengirimnya. Dengan rasa ingin tahu, si isteri pun membuka email tersebut. Si isteri terkejut apabila membaca email tersebut dan terus pengsan. Dia menyangkakan suaminya yang mengirim email itu kepadanya.

p/s: jangan salah send email yea...uhuhuhu

1 ulasan:

Kalau suka..KOMEN..
Kalau tak suka.. tak ape..
^_^