NUFFNANG

Jumaat, 22 Februari 2013

SALAM PENGHULU SEGALA HARI..

Assalamualaikum...

"Bekerjalah seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadatlah seolah-olah mati esok hari"

salam pagi jumaat..
masih bertemu penghulu segala hari..
syukur Alhamdulillah kesihatan smkin baik..
terima kasih Ya ALLAH..

jgn terlalu alpa mengejar keindahan duniawi..
sampai kita lupa untuk beribadat..

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

“Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu DITAHAN REZEKINYA disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

sama2lah kita amalkannya...

nota hati : renung-renungkan dan selamat beramal...

salam sayang dr me...hik3..


18 ulasan:

  1. perkongsian yg sgt bermakna..selamat hari jumaat acik! :)

    BalasPadam
  2. :) ..... apa yang acik sharing nie... inyaAllah tkkan sia2kan

    BalasPadam
  3. Nice Sharing..In Shaa ALLAH..sama² kita amalkan..^^

    BalasPadam
  4. InsyaAllah.Jom same2 amal.Bagus sgt acik share pasal ni.Terbaekk. :)

    BalasPadam

Kalau suka..KOMEN..
Kalau tak suka.. tak ape..
^_^